EN |

MPS Academy Sdn Bhd
562-A, B & C, Jalan Kenanga 29/18, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor, Malaysia.
+607-6636693
+607-6607201
+6011-11972961
+607-6636693

https://www.facebook.com/
MPSAcademyOfficialPage/

http://skillbulk.blogspot.my
http://www.mps.edu.my

SLDN/NDTS

1. Apa itu SLDN?

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

  1. Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
  2. Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan). 

Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu: 

  1. Teknikal 
  2. Sosial & Kemanusiaan
  3. Metadologi & Pembelajaran 

SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan.
Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:

  1. Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
  2. Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Tempoh Latihan  Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS.
Nisbah Latihan  70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan.
Kaedah Penyampaian

 Lepasan Harian

Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat.

 Lepasan Bulanan

Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat.

Rujukan Standard Latihan  Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN.
Persijilan

 Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
 

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:

a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)

b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

 


Switch to Mobile Version
1
Hello! Thanks for visiting my site. Please press Start button to Contact with Admin :)

Start